
Ipoh Station Antique Cafe menawarkan masakan Melayu Negeri Perak. Kesemua hidangan mengekalkan penggunaan bahan bahan yang asli. Barangan antik dan lama dijadikan sumber dekorasi membuatkan suasana di restoran kami ini bagaikan berada di zaman 50an dan 60an. Barangan antik juga dipamirkan untuk dijadikan tatapan serta nastolgia pengunjung. Sekiranya anda inginkan sesuatu kelainan, silalah kunjung ke restoran kami. Selamat menjamu selera dan alamilah sendiri keunikannya.
Aug 31, 2010
Aug 30, 2010
ANTIQUE BOXES
Aug 29, 2010
BERBUKA@IPOHSTATION
Tempahan oleh PKR Cabang Puchong seramai 40 orang. Turut hadir Tuan Hj Yaacob, Exco Kerajaan Negeri Selangor (Berbaju coklat dan bersongkok hitam)
SUASANA BERBUKA PUASA 2010
Aug 27, 2010
ANTIQUE BOXES
Di bahagian atas laci pertama ada sekeping papan lain yang boleh ditarik keluar.
Papan tersebut apabila ditarik keluar dan bila ianya dipusingkan berdiri adalah merupakan cermin muka. Papan cermin tersebut sukar ditanggalkan dan ia dibuat seolah olah ada rail di kiri dan kanan
ANTIQUE BOXES
Aug 22, 2010
BERBUKA@IPOHSTATION
semuanya muda mudi berumur dalam lingkungan 20 - 30 an. Motor mereka cantik cantik belaka. Di antaranya datang dari Nilai, Kota Damansara, Serdang, Hulu Langat dan kawasan sekitar. Hidangan buffet disediakan untuk mereka. Setelah selesai berbuka mereka menunaikan solat maghrib di Masjid Bandar Bukit Puchong. Bersurai lebih kurang jam 10.00pm.
Yang bagusnya budak budak muda ni ada hobi sampingan dalam masa yang terluang. Saya tengok bukan senang nak maintain motor vespa dalam keadaan tip top condition. Masa saya muda dulu tak terfikir nak ada hobi macam ni. Dah tua baru sibuk.
Saya pun ada sebiji Lambretta Li 3 dan 2 buah Vespa 150 sprint. Tak sempat nak join mereka sebab motor tak boleh start. Nasib baik tak boleh start, kalu tak sayalah yang paling tua.
Syabas kepada muda mudi ini....


