Aug 31, 2010

ASHTRAY


ASHTRAY


ASHTRAY


ASHTRAY


ASHTRAY


ASHTRAY


ASHTRAY


ASHTRAY


ASHTRAY


ASHTRAY


ASHTRAY


ASHTRAY


ASHTRAY


ASHTRAY


ASHTRAY


ASHTRAY


ASHTRAY


ASHTRAY


ASHTRAY




ASHTRAY




Aug 30, 2010

ANTIQUE BOXES

Ini salah satu lagi koleksi kotak lama yang bagi saya agak unik kegunaannya seketika dulu. Luarannya diperbuat daripada kulit dan di dalamnya adalah hardboard. Saya beli dari seorang kawan di Kuala Pilah. Kotak ini digunakan untuk menyimpan barang barang berharga sahaja seperti duit dan barang kemas. Bentuk atasnya separuh bulat dan lembut sedikit untuk diletakkan di bawah bantal. Dulu dulu mana ada bank, jadi bawah bantal lah jadi tempat yang selamat semasa tidur.


Aug 29, 2010

BERBUKA@IPOHSTATION

Hari ini Ahad 29hb Ogos 2010
Tempahan oleh PKR Cabang Puchong seramai 40 orang. Turut hadir Tuan Hj Yaacob, Exco Kerajaan Negeri Selangor (Berbaju coklat dan bersongkok hitam)





















































BERBUKA@IPOHSTATION

Suasana berbuka puasa hari ini Ahad 29 Ogos 2010








SUASANA BERBUKA PUASA 2010

Hari ini 28hb Ogos 2010 hari ke 18 Ramadhan. Suasana di Ipoh Station sewaktu berbuka puasa menggalakkan, Alhamdulillah. Berikut adalah gambar suasana berbuka puasa ada hari ini.




Saudara Kamil (Hobi Che Mat) siisi keluarga sedang berbuka puasa

Aug 27, 2010

ANTIQUE BOXES

Ini adalah di antara koleksi kotak yang saya minati dan saya rasa jarang ditemui. Kotak ini dihadiahkan oleh Ah Teh 3 tahun dahulu. Pada mulanya saya ingat ianya hanya kotak biasa, tetapi apabila di bawa pulang dan membukanya saya dapati ianya sungguh unik. Ianya adalah kotak simpanan alat alat solek.



Di bahagian hadapannya ditutupi dengan sekeping papan dan boleh dibuka. Terdapat 2 buah laci kecil di dalamnya.

Di bahagian atas laci pertama ada sekeping papan lain yang boleh ditarik keluar.

Papan tersebut apabila ditarik keluar dan bila ianya dipusingkan berdiri adalah merupakan cermin muka. Papan cermin tersebut sukar ditanggalkan dan ia dibuat seolah olah ada rail di kiri dan kanan

ANTIQUE BOXES

Kotak sebegini digunakan banyak digunakan oleh kaum Tionghua untuk menyimpan barangan kemas. Bagi kaum Melayu dahulu, menurut emak saya, mereka menyimpan barang kemas dengan membalutnya dengan kain putih dijadikan bundut dan disimpan di bawah baju atau laci di dalam almari. Saya juga masih ingat di mana Tok saya menyimpan barangan emas poundnya sebegitu.

























Aug 22, 2010

BERBUKA@IPOHSTATION


Semalam Sabtu 21hb Ogos 2010, group Vespa datang berbuka puasa di Ipoh Station. Seramai 20 orang serta 2 buah Lambretta model Li 1 dan Li2 di antara yang hadir. Group ni
semuanya muda mudi berumur dalam lingkungan 20 - 30 an. Motor mereka cantik cantik belaka. Di antaranya datang dari Nilai, Kota Damansara, Serdang, Hulu Langat dan kawasan sekitar. Hidangan buffet disediakan untuk mereka. Setelah selesai berbuka mereka menunaikan solat maghrib di Masjid Bandar Bukit Puchong. Bersurai lebih kurang jam 10.00pm.

Yang bagusnya budak budak muda ni ada hobi sampingan dalam masa yang terluang. Saya tengok bukan senang nak maintain motor vespa dalam keadaan tip top condition. Masa saya muda dulu tak terfikir nak ada hobi macam ni. Dah tua baru sibuk.

Saya pun ada sebiji Lambretta Li 3 dan 2 buah Vespa 150 sprint. Tak sempat nak join mereka sebab motor tak boleh start. Nasib baik tak boleh start, kalu tak sayalah yang paling tua.

Syabas kepada muda mudi ini....