Jul 17, 2012

NENG YATIMAH & HASHIMAH YON

Semalam Ahad 15 Julai 2012, Restoran kami sekali lagi dikunjungi oleh Lagenda Filem Melayu dari Singapura iaitu Neng Yatimah, Hashimah Yon, M.Wari dan Habibah Harun. Kedatangan mereka ke sini kerana menghadiri rakaman nyanyian oleh FINAS yg dikendalikan oleh Komposer S. Atan. Sebelum rakaman yg dijadualkan di sebelah malam, lebih kurang jam 4pm mereka tiba di Ipoh Station. 

Neng Yatimah 78, masih sihat dan mampu bergerak ke sana kemari. Bintang Lagenda ini terkenal dgn jolokan Pelakon Air Mata. Di antara Filem lakonannya ialah Nilam (1949), Takdir Ilahi (1950), Sejoli (1951), Batu Belah Batu Bertangkup (1959), Laila Majnun (1961), Filem terakhir beliau ialah Mama Oh Mama (1981).


 

Hashimah Yon 72, juga masih sihat walafiat. Beliau seorang Penyanyi dan pelakon terkenal satu ketika dulu. Kalau sesiapa yg tak mengenalinya, beliau pernah berlakon sebagai Puteri Sultan dalam filem Nujum Pak Belalang. Di antara filem popular yg dilakonkan ialah Penarik Becha (1955), Anakku Sazali (1956), Anak Pontianak (1959), Megat Terawis (1960), Singapura Dilanggar Todak (1961) dan filem terakhir beliau ialah Black Widow (1994). Seorang yg riang dan suka bercerita.



M.Wari 70 seorang Pelakon filem Purba. Teman sendiri tidak pernah mengikuti personaliti ini malah tidak mengenali beliau. Apabila diperkenalkan kpd teman, beliau adalah seorang yg sederhana dan penyayang. Di antara filem lakonannya ialah Ayer Mata Duyong (1964) dan Panglima Besi (1964). Masih sihat dan segak. Teman seronok berbicara dengan beliau.



Habibah Harun 60, masih segak dan amat peramah. Beliau adalah Pelakon kanak kanak bersama Bat Latif. Antara filem lakonannya ialah Batu Belah Batu Bertangkup dan Lela Manja. Dalam Filem Lela Manja, beliau memegang watak sebagai Manja dan apabila dewasa dilakonkan oleh Seniwati Zaiton.
Sepanjang penglibatan beliau dlm perfileman, beliau hanya berlakon semasa kanak2 shj.



Gambar (Asal) di bawah, Neng Yatimah bersama anaknya Rose Yatimah di dalam filem Sri Mersing. Dalam filem inilah pertama kali mereka anak beranak berlakon bersama.


Apabila teman menunjukkan gambar ini kepada Mak Neng, beliau terus sebak dan menangis pilu. Suasana menjadi suram seketika. Dalam hati teman "alamak tersalah langkah aku", terasa menyesal pun ada, tetapi apabila diberitahu Mak Neng memang mcm tu....lega rasa teman. Teman pun berpesan pd Mak Neng " Mak Neng dah jgn sedih sedih lagi...kita nk happy happy ni..." terus beliau senyum. Sebab itu lah beliau digelar Pelakon Air Mata.

Teman sempat rakam gambar Mak Neng sedang sebak bila menatap gambar tersebut. Gambar tersebut di tangan kanannya ketika itu.



 
Semasa menjamu selera dgn juadah yg disediakan, banyak cerita-cerita lama mereka diceritakan. Kesemua mereka bercerita pengalaman kisah suka dan duka semasa dahulu. Yg paling suka bercerita ialah Mak Shima.




Mak Neng menatap sinopsis Filem Sengsara yg dibintanginya. 



Lebih kurang jam 4.30pm, isteri teman pun tiba di Restoran. Saat yg paling tak dapat dilupakan ialah apabila Mak Neng melihat shj isteri teman, terus dipeluknya dan diajak mengambil gambar seolah-olah seperti lama tak jumpa. Teman rasa amat hairan melihat keadaan itu bagai ada satu 'Chemistry'. Mungkin ada perasaan rindu kepada Arwah anaknya Roseyatimah agaknya.


Setelah selesai menjamu juadah, tiba2 Mak Neng bangun dan memberi ucapan ringkas tanda terimakasih pd kami tuan rumah dan menyumbangkan sebuah lagu. Sungguh sporting.


Mak Shima juga menyumbangkan sebuah lagu. Suara Mak Shima masih segar dan lunak merdu.


Uncle M.Waris juga turut menyanyikan sebuah lagu.

Kak Bibah juga mempunyai suara ug lunak merdu. Mereka semua sungguh sporting dan kami semua amat terhibur.

Sesi menandatangani Buku pelawat Ipoh Station

"Selamat Maju Jaya" dr Hashimah Yon


"Kenangan Selamanya" dari Neng Yatimah


"Semuga Berjaya" drp M.Wari


"Semuga Success " drp Habibah Harun (Lela Manja)

Ahmad Fauzee dan Ayu Cendana

Teman sempat bergambar dgn Lagenda Filem Melayu ini bersama-sam gambar mereka yg telah ditandatangani. Ada beberapa kawan2 dah pun booking gambar ini.





Ole-ole dari Ipoh Station untuk tetamu kami.


Kan teman dah cakap td bagai ada satu Chemistry

Kak Bibah mmg best. Nanti kami ke Kota Singapura, pasti kami singgah ke teratak Kak Bibah.

Sederhana tapi amat meriah

Lebih kurang jam 7.00pm, kami terus menghantar mereka ke Studio Rakaman di Damansara Perdana. Terserempak dengan mak Nona Asiah dan Mak Momo Latif sekali lagi.
Rupanya mereka dtg lagi hadir utk rakaman nyanyian ini. Masih kuat kudrat mereka. Alhamdulillah.
 

Teman bergambar dengan Rozita dari FINAS. Beliau lah yg bertanggungjawap mengelola Lagenda filem ini.

Tidak sangka dalam masa 1 minggu, kami dikunjungi oleh Lagenda Filem Melayu dari Singapura. Satu pengalaman manis yg akan diabadikan sepanjang hidup teman dan isteri. Semuga mereka ini dikurniakan kesihatan yg baik dan dilindungi Allah. Terimaksih kepada Ahmad Fauzi sekali lagi.


Jul 11, 2012

NONA ASIAH DAN MOMO LATIF

Semalam 10hb Julai 2012 dua Lagenda Filem Melayu, Nona Asiah dan Momo Latif telah diterbangkan khas oleh Melissa Saila Production untuk rakaman tentang dokumentari Saloma untuk RTM. Mereka berdua dari negara jiran, Singapura. Dengan panggilan Mak Nona yg kini berumur 82 tahun dan Mak Momo 89 tahun, mereka berdua kelihatan masih sihat dan bermaya. Berikut adalah perbandingan gambar kedua-dua personaliti ini. Bersama-sama post kali ini teman muatkan lagu 2 lagu Nona Asiah dan 2 lagu Momo Latif


Nona Asiah


Momo Latif


Kepada yg tidak mengenali mereka, Nona Asiah adalah penyanyi piring hitam dan penyanyi latar manakala Momo Latif juga seorang penyanyi Bangsawan, piring hitam dan penyanyi latar yg amat popular sekitar tahun 1950-1960. Momo Latif juga pernah berlakon dlm filem Pendekar Bujang Lapok, melakon watak isteri kpd Pendekar Mustar. Salah satu dialog yg masih diingati ialah " ini bukan cobaan, ini betul2" dan dijawab oleh P.Ramlee, Aziz Sattar dan Sudin "Cobaaan....",

Mereka tiba di KLIA jam 3pm dan tiba di Ipoh Station jam 4.20pm untuk makan tengahari. Menu yg dihidangkan ialah Nasi Goreng Ikan Rebus, bubur cacar, lempeng pisang dan cucur kodok. Selera makan bg kedua dua personaliti ini amat baik sekali terustamanya Mak Momo.





Teman menunjukkan koleksi berkaitan syarikat rakaman mereka 'Pathe' dan 'His Master Voice'. Ingatan kedua-dua mereka ini masih tajam.


Mak Momo amat gembira apabila teman menunjukkan koleksi LP (piring hitam 10") beliau. Di sebelah kiri ialah Ayu Cendana


Mak Nona juga terpegun dan berbangga melihat koleksi piring hitam beliau.

Mak Nona menandatangani 3 keping gambar beliau dan teman hadiahkan ketiga2 gambar tersebut kepada beliau.

Mak Nona dan Mak Momo menurunkan tandatangan pada koleksi rekod batu 78rpm (Grammaphone) teman untuk kenang kenangan sepanjang hayat. Teman akan framekan koleksi berharga ini di Galeri Gumbira nanti



Bersama Ahmad Fauzi rakan baik teman yg membantu merealisasikan impian teman.

Ole-ole dari Ipoh Station untuk Mak Nona dan Mak Momo


Dari kiri Mak Momo, Kamalia (anak Momo Latif), Isteri teman dan Mak Nona bergambar kenang kenangan sepnjang hayat.


Mereka menginap di Hotel Concorde Kuala Lumpur. Pada sebelah malam teman membawa mereka ke Studio Rakaman di Tasik Titiwangsa


Kedua dua mereka menceritakan pengalaman mereka bersama Saloma. Ternyata daya ingatan mereka masih kuat terutamannya Mak Momo.




Selesai pengambaran, kami menjamu selera di lokasi yg berhampiran.

Inilah pengalaman yg tidak ternilai kepada teman dan isteri khususnya, dan Ipoh Station am nya untuk bertemu dengan Lagenda Filem tanah air dan akan diabadikan sepanjang hayat. Mak Nona berkata pd teman "tak sangka dalam usia yg begini masih ada peminat dan teman jawab, peminat Lagenda Filem tak akan ditelan zaman.