Jun 9, 2010

KONSEP / CONCEPT

Restoran in berkonsepkan antik. Bahan dan barangan lama digunakan bagi mengujudkan suasana seperti di zaman 60an dan 70an. Konsep ini di ketengahkan adalah disebabkan barangan lama atau antik ini mempunyai daya tarikan semulajadi untuk dijadikan perhiasan atau tontonan. Ianya tidak sesuai lagi digunakan tetapi ianya menimbulkan kenangan atau nastolgia. Sesiapa sahaja yang melihat barang antik akan memperingatkan mereka masa lalu atau kepada mereka yang tidak pernah melihatnya sebelum ini akan memikirkan tentang keunikan atau ciptaan masa lampau.
Dekorasi hiasan dalaman banyak menggunakan barangan lama dan ada dibuat semula tetapi masih mengekalkan identiti keunikan ciptaan lampau. Lagu lagu sekitar 50an, 60an 70an dan 80an berkumandang bagi melengkapkan konsep yang diketengahkan.

No comments:

Post a Comment