Aug 30, 2010

ANTIQUE BOXES

Ini salah satu lagi koleksi kotak lama yang bagi saya agak unik kegunaannya seketika dulu. Luarannya diperbuat daripada kulit dan di dalamnya adalah hardboard. Saya beli dari seorang kawan di Kuala Pilah. Kotak ini digunakan untuk menyimpan barang barang berharga sahaja seperti duit dan barang kemas. Bentuk atasnya separuh bulat dan lembut sedikit untuk diletakkan di bawah bantal. Dulu dulu mana ada bank, jadi bawah bantal lah jadi tempat yang selamat semasa tidur.


No comments:

Post a Comment