Aug 22, 2010

BERBUKA@IPOHSTATION


Semalam Sabtu 21hb Ogos 2010, group Vespa datang berbuka puasa di Ipoh Station. Seramai 20 orang serta 2 buah Lambretta model Li 1 dan Li2 di antara yang hadir. Group ni
semuanya muda mudi berumur dalam lingkungan 20 - 30 an. Motor mereka cantik cantik belaka. Di antaranya datang dari Nilai, Kota Damansara, Serdang, Hulu Langat dan kawasan sekitar. Hidangan buffet disediakan untuk mereka. Setelah selesai berbuka mereka menunaikan solat maghrib di Masjid Bandar Bukit Puchong. Bersurai lebih kurang jam 10.00pm.

Yang bagusnya budak budak muda ni ada hobi sampingan dalam masa yang terluang. Saya tengok bukan senang nak maintain motor vespa dalam keadaan tip top condition. Masa saya muda dulu tak terfikir nak ada hobi macam ni. Dah tua baru sibuk.

Saya pun ada sebiji Lambretta Li 3 dan 2 buah Vespa 150 sprint. Tak sempat nak join mereka sebab motor tak boleh start. Nasib baik tak boleh start, kalu tak sayalah yang paling tua.

Syabas kepada muda mudi ini....



No comments:

Post a Comment