Aug 9, 2010

BUY SELL & TRADE SODA BEVERAGE COLLECTIBLES

Tahniah kepada semua penganjur Buy Sell & Trade, Soda Beverage Collectibles di Tingkat 3, Amcorp Mall hari ini. Sungguh menarik dan patut dibuat tiap tiap minggu. Yang seronoknya mereka ini bergabung dan bersatu hati dan jiwa tanpa rasa megah diri atau ada perasaan dengki pada orang lain. Mereka berjaya menarik minat pengunjung sehingga dari Penang, Ipoh dan Johor datang memberi sokongan. Syabas.

Kami di Ipoh Station juga merasa tempias daripada trade show ini. Selepas selesai di Amcorp Mall, mereka pakat beramai ramai turun ke Ipoh Station. Alhamdulillah dapat ramai kenalan hari ini.

Hj Zul (Pontian), Abg Hashim (Penang), Din Posto, Wong Chin Cai , Faizal (Ipoh) dan lain lain maaf tak ingat nama, terimakasih beri sokongan kpd kami. Kepada Zul (JB)yang sesat tak jumpa jalan , bila senang2 nanti boleh singgah.

Kamil, Megat, Zian dan lain lain syabas!!

4 comments:

  1. Bro.. Nak buat tiap-tiap minggu?? pengsan bro!! hahaa! Apa-apa pun terimakasih banyak-banyak kerana memberi sokongan!

    ReplyDelete
  2. Sebulan sekali pun boleh...idea cukup baik, congrats...

    ReplyDelete
  3. kena buat kelab Botologi Malaya la kalau mcm ni he he

    ReplyDelete
  4. Saya ingat nak join juga lah....nanti hello2 kat kawan ya. Terima kasihdari Rashid Trekker....kerteh, Terengganu (trekker90@gmail.com)

    ReplyDelete