Oct 4, 2010

RIANG GLAMOUR AIDIL FITRI 2010

Bersama wartawan dan wakil Media Hiburan



Bersama Kakitangan Ipoh Station


Terimakasih kepada Media Hiburan dari Kumpulan Karangkraf Sdn Bhd kerana memilih Ipoh Station Antique Cafe sebagai lokasi Rumah Terbuka bersama seleberiti tanah air bertemakan "Riang Glamour Aidil Fitri". Tidak lupa kepada saudari Yusliza , Meen dan rakan rakan wartawan yang lain serta editor yang membantu menjayakan rumah terbuka ini. Kami di Ipoh Station semestinya berbangga dan berbesar hati kerana dipilih dan sekali gus mempromosikan restoran kami ke seluruh negara. Pihak kami juga memohon maaf sekiranya terdapat kekurangan semasa menjayakan rumah terbuka ini. Kepada artis, seleberiti, penggiat seni, wakil wakli media cetak dan elektronik, pengurus serta pembantu kepada seleberiti ini yang sudi hadir memeriahkan program ini kami mengucapkan jutaan terimakasih. Tidak lupa juga kepada seniman dan artis veteran yang hadir. Semuga semuanya diberkati Allah dan kami warga Ipoh Station ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin kepada semua yang beragama Islam. Selamat berjaya dalam lapangan dan kerjaya masing masing.

Hampir 1000 keping gambar telah dirakamkan dan hanya sebahagian sahaja dapat dikongsikan di dalam blog ini. Sila rujuk label 'event' dan 'celeberites at ipohstation'.






3 comments:

  1. laa...first tgk gambar kat atas ingatkan cafe ni betoi² la kat ipoh..boleh le teman pegi.. ghopenye kat puchong..

    ReplyDelete