Nov 13, 2010

POSTCARD

Mengumpul postcard juga adalah satu hobi yang menarik. Tidak ramai yang berminat untuk mengumpul postcard berbanding dengan barang antik yang lain. Tetapi jika majalah hiburan, enamel sign atau botol minuman amat ramai peminat dan collectornya. Mungkin ianya tidaklah menarik sangat untuk dimiliki. Jarang sekali kita mendengar collector postcard berbanding dengan setem atau firstday cover. Mungkin juga tidak ramai yang gemar menyimpan postcard sejak dahulu lagi membuatkan ianya sukar ditemui sekarang. Pernah saya bertanya pada beberapa penjual barangan antik, mereka mengatakan jarang sekali orang bertanya tentang postcard dan sekiranya adapun dijual amat jarang orang ingin membelinya. Harganya boleh tahan mahal dan jika tertera dengan setem harganya melambung lagi mahal dan membuatkan orang fikir dua tiga kali untuk membelinya.
Bagi saya mengumpul postcard juga tidak kurang menariknya. Di sini ada beberapa koleksi yang sempat saya upload untuk dikongsikan bersama. Usia setiap satu mencecah 100 tahun.

1 comment:

  1. Saya minat tapi jarang nampak yang cun punya kat Amcorp :)

    ReplyDelete