Nov 8, 2010

MERDEKA SERIES

Semasa berumur 7 tahun iaitu Darjah 1, hobi saya adalah mengumpul setem. Saya ada 1 buah buku setem yang dibeli oleh bapa saya untuk dipenuhi. Pantang jumpa envelope mesti saya ambil setemnya. Caranya merendam envelope tersebut ke dalam air, setem tersebut akan terkeluar kemudian dijemur. Salah satu cara lain untuk mendapatkan setem ialah menukar setem yang ada lebih dengan jiran saya yang juga hobinya mengumpul setem. Saya mengambil masa yang agak lama juga untuk memenuhkan buku setem tersebut. Sehingga ke hari ini saya masih menyimpan satu satunya buku setem tersebut. Setem yang saya ada adalah setem Malaysia dan Luar Negara. Saya tidak tahu kenapa saya berhenti mengumpul setem pada masa itu.
Hari ini saya nak berkongsi sedikit bukannya pasal setem tapi ada kaitan juga dengan setem iaitu sampul surat hari pertama (First Day Cover). Berikut adalah di antara First Day Cover di dalam simpanan saya.
Hari Kemerdekaan 31hb Ogos 1957








1 comment: