Kehangatan Hi Tea Botologi belum lagi berakhir nampaknya. Ada yg masih bercakap mengenai event ini. Susah nak lupa sebab sambutan begitu menggalakan. Sepanjang pengalaman teman menganjurkan event, yg inilah paling mudah. Jemputan di sampaikan melalui alam cyber shj. Semua blog dipenuhi dgn event ini, maknanya pengikut setia memang ramai walaupun tak kenal sesama sendiri. Baru baru ini keluar pula di dada akhbar, lagilah membangkitkan semangat Botologist. Tahniah kpd penganjur Sdr Megat dan Che Mat dan lain lain yg terlibat secara lansung atau tidak. Ipoh Station juga menerima tempiasnya. Banyak cenderahati diterima drp hadirin dan teman dah pun semadikan di dinding restoran teman utk kenangan selama lamanya.

Ipoh Station Antique Cafe menawarkan masakan Melayu Negeri Perak. Kesemua hidangan mengekalkan penggunaan bahan bahan yang asli. Barangan antik dan lama dijadikan sumber dekorasi membuatkan suasana di restoran kami ini bagaikan berada di zaman 50an dan 60an. Barangan antik juga dipamirkan untuk dijadikan tatapan serta nastolgia pengunjung. Sekiranya anda inginkan sesuatu kelainan, silalah kunjung ke restoran kami. Selamat menjamu selera dan alamilah sendiri keunikannya.
Feb 18, 2011
HI TEA BOTOLOGI
Labels:
Event
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
semoga terus maju.....
ReplyDeleteTeruskan usaha Bro!
ReplyDelete