Mar 6, 2011

Ini paper sign tentang ubat yg tak pernah dilihat. Dianggarkan iklan atau produk ini dalam sekitar tahun 50an - 60an berdasarkan kepada tulisan jawi yg meluas digunakan dalam media ketika itu. Ubat ini adalah ubat demam dan sakit kepala produk negara Siam dan mungkin dipasarkan di sekitar Kelantan atau Perlis dan Utara Kedah sahaja. Berikut terjemahan jawi dalam iklan ini.
1) Tulisan jawi putih : "INI UBAT PERASA .........." (minta bantuan sape2 yg tahun perkataan jawi yg akhir ini);
2) Tulisan jawi merah : "Memelihara penyakit demam dan sakit kepala dan panas tubuh, rasa manis, makan mudah, tiada masam".



Ini pula Tin sign berkaitan ubat juga. Dianggarkan sekitar lewat 60an berdasarkan tulisan rumi telahpun mengambil alih tulisan jawi tetapi masih dikekalkan tulisan jawi.

No comments:

Post a Comment