Jun 26, 2011

Pesona Pictures telah menyewa beberapa kelengkapan dan perabot dari Ipoh Station untuk filem terbaru mereka iaitu PUTERA NEGARA. Filem ini mengisahkan zaman Tun Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia yg ke 2 serta insiden2 yg berlaku pada zaman beliau memerintah termasuklah insiden Ketua Polis Negara ditembak oleh Komunis. Pesona Pictures adalah milik Shuhaimi Baba. Kesemua barangan yg disewa ini dijadikan 'prop' bg lokasi deretan kedai yg dirangka khas di KRU Studio di Cyberjaya. Teman diberi peluang untuk menyaksikan sendiri  pengambaran tersebut. Pengambaran ini dijalankan selama 5 hari mulai 26hb Jun 2011. Sekiranya berpeluang nanti teman uploadkan gambar situasi semasa pengambaraan filem ini.


 Cash Register dan lampu Barber Shop


 Almari Roti,  5 buah Meja Kopitiam dan 20 buah kerusi





Pn Zyla Graphic Designer Pesona Pictures yg bertanggungjawab menguruskan 'prop'



Barber Chair

Tidak kelihatan di dalam gambar, jukebox juga disewa.


2 comments: