Sep 13, 2011

PAMERAN KOLEKSI 50 TAHUN FILEM MELAYU (1940an - 1980an)



Pameran Koleksi 50 tahun Filem Melayu (1940an - 1980 an) akan diadakan pada hari Sabtu 15hb Oktober 2011 mulai jam 12.00 pm hingga  7.00pm. Tujuan diadakan pameran seumpama ini adalah bagi mempertengahkan hasil koleksi individu2 disamping mendedahkan pelbagai maklumat berkenaan sejarah Filem Melayu pada era tersebut.kepada masyarakat umum.

Penganjur pameran ini terdiri daripada En Ahmad Fauzee, En Hanif dan saya sendiri. Mana-mana individu yang mempunyai koleksi peribadi yang ingin turut serta atau mengambil bahagian adalah dialu-alukan dan hubungai saya di talian 012 2351212 (Azlan).

Tetamu khas di dalam senarai jemputan adalah Yg Berbahagia Tun Ahmad Sarji, Yg Berhormat Tan Sri Jins Samsuddin, Datuk Aziz Sattar, Ahli Persatuan Artis Veteran, FINAS dll. Semua peminat, rakan-rakan, sahabat handai turut dijemput hadir bagi memeriahkan lagi pameran yg julung2 kali diadakan ini. Tiada caj bayaran dikenakan. Makanan dan minuman disediakan kepada jemputan khas dan peserta sahaja.

Kepada sesiapa yang berminat untuk membuka meja jualan juga adalah dialu-alukan.









No comments:

Post a Comment