Feb 22, 2012

ALLAHYARHAM LATIFF IBRAHIM

AL-FATIHAH

Pada hari Isnin 20hb Febuari 2012, Negara kehilangan seorang lagi permata seni. Latiff Ibrahim, 62 menghembuskan nafasnya yang terakhir pada jam 6.10pm di Institut Jantung Negara akibat serangan jantung dan beberapa komplikasi penyakit lagi. Allahyarham telah selamat dikebumikan pada hari Selasa 21hb Febuari 2012 di Tanah Perkuburan Islam di Taman Keramat Kuala Lumpur.

Allahyarham semasa hidupnya adalah seorang penyanyi dan pelakon pada sekitar lewat 1970an dan 1980an. Diantara lagu popular beliau ialah Nora dan filem lakonan beliau ialah Sumber Ilhamku, Dendang Perantau dan beberapa buah filem lagi.

Kami di Ipoh Station turut merasai kehilangan ini dan mengucapkan Takziah kepada keluarga beliau. Semuga rohnya dicucuri rahmat. Berikut kami mengabdikan sedikit gambar Allahyarham yang diambil dari beberapa majalah sebagai kenang kenangan.























1 comment: