Apr 6, 2012

TV 3

Semalam hari Khamis 5hb April 2012, Primeworks Studios Sdn Bhd, anak syarikat Media Prima (TV 3) membuat pengambaran di Ipoh Station untuk rancangan Intai Intai Dekor. Seramai 5 orang Krew TV 3 yg diketuai oleh Nor Fariza (Wartawan) tiba jam 11.30am.



Seluruh sudut restoran dirakam untuk dijadikan bahan penerbitan program.

Teman dendangkan mereka dengan lagu2 dari jukebox ini.


Wartawan Nor Fariza terpegun dengan Jukebox

Jam 1.00pm berehat sebentar untuk makan tengahari.

InsyaAllah, rancangan Intai Intai Dekor akan ke udara pada awal Mei 2012. Pastinya menarik dan akan teman khabarkan nanti. Krew Intai2 Dekor selesai membuat pengambaran jam 3.00 pm. Semasa menghantar mereka ke kenderaan, terserempak dengan krew TV3 yg lain. Tanpa diduga dan dirancang, krew yg diketuai oleh Emmy Zalfarina bersama dengan rakannya rupanya ingin berbincang untuk membuat pengambaran untuk program Nona pada hari Khamis 12hb April 2012. Oleh kerana mereka belum makan tengahari, teman jemput mereka makan dan berbincang.


Fewweeeet! Pengacara rancangan Nona, Neelofa akan hadir pd set pengambaran nanti.  "Azuraaa ....kau lah sinar hidupku...." Azura...Azura... Teman nak berlakun jadi Zack lah minggu depan.

No comments:

Post a Comment