Apr 12, 2012

TV3 - NONA

Hari ini 12hb Apr 2012, sepatutnya pengambaran rancangan Nona oleh TV3 di Ipoh Stn. Pengacara Nona, Neelofa akan hadir jam 3.00pm. Kami di Ipoh Stn mengalu alukan kedatangan crew Nona dan Neelofa. Adalah sedikit persiapan dilakukan bagi acara ini. Tapi malangnya setelah persiapan telah dibuat, lebih kurang jam 2.30pm teman dapat panggilan telefon drp wartawan TV3, Neelofa tak dapat hadir disebabkan ada pengambaran di lokasi yang lain yg belum habis lagi. Apa nak dibuat lagi, terimalah seadanya.


Segala persiapan bagi menyambut kedatangan crew Nona




TV3 memohon dikosongkan kawasan parking di luar kedai untuk tujuan pengambaran. 

Lakonan : Kereta yang akan membawa Neelofa ke Ipoh Stn. Teman ler yg akan memandunye....sebelah Neelofa...kempunan he he he

Lakonan : Di sini Neelofa akan memasukkan syiling untuk memainkan lagu di Jukebox dan isteri teman akan menyapa beliau.

Poster Filem Azura juga sudah siap untuk ditandatangani Neelofa

Buah tangan untuk Nona.....

.......dan juga untuk Neelofa

Apa2 pun wartawan TV3 mohon maaf di atas apa yg berlaku. Teman dan isteri taklah kisah sangat pembatalan pengambaran ni sebabnya TV3 yg rancang semuanya, kami di Ipoh Stn terima sahaja jika nak promote kami. Kepada TV3, kami di Ipoh Station tidaklah rasa terkilan atau kecewa. Kami faham gelagat sesetengan Artis ni, mereka orang yg terlalu sibuk.  Sekiranya ada cadangan lain nanti hubungi shj kami, kami bila2 masa tadahkan tapak tangan. Makanan yg disediakan pun dibaham oleh crew2 kami dan sedara mara dan sahabat taulan yg datang...he he he.... Nasi Minyak, Daging Dinding, Ayam Masak Merah dll

1 comment:

  1. Jgan hampa cik abang..nanti tv3 pasti kembali kesana..mungkin segala plan tv3 yg aturkn.x adil menyalahkn artis seorg.setahu saya mostly penerbit dn director cakap Neelofa adalh antra artis yg paling berdisiplin..bukan khabar angin tp ramai yg pnah bg statement cam tu dlm paper dn radio maupun tv..sabar ye...

    ReplyDelete