Jul 11, 2012

NONA ASIAH DAN MOMO LATIF

Semalam 10hb Julai 2012 dua Lagenda Filem Melayu, Nona Asiah dan Momo Latif telah diterbangkan khas oleh Melissa Saila Production untuk rakaman tentang dokumentari Saloma untuk RTM. Mereka berdua dari negara jiran, Singapura. Dengan panggilan Mak Nona yg kini berumur 82 tahun dan Mak Momo 89 tahun, mereka berdua kelihatan masih sihat dan bermaya. Berikut adalah perbandingan gambar kedua-dua personaliti ini. Bersama-sama post kali ini teman muatkan lagu 2 lagu Nona Asiah dan 2 lagu Momo Latif


Nona Asiah


Momo Latif


Kepada yg tidak mengenali mereka, Nona Asiah adalah penyanyi piring hitam dan penyanyi latar manakala Momo Latif juga seorang penyanyi Bangsawan, piring hitam dan penyanyi latar yg amat popular sekitar tahun 1950-1960. Momo Latif juga pernah berlakon dlm filem Pendekar Bujang Lapok, melakon watak isteri kpd Pendekar Mustar. Salah satu dialog yg masih diingati ialah " ini bukan cobaan, ini betul2" dan dijawab oleh P.Ramlee, Aziz Sattar dan Sudin "Cobaaan....",

Mereka tiba di KLIA jam 3pm dan tiba di Ipoh Station jam 4.20pm untuk makan tengahari. Menu yg dihidangkan ialah Nasi Goreng Ikan Rebus, bubur cacar, lempeng pisang dan cucur kodok. Selera makan bg kedua dua personaliti ini amat baik sekali terustamanya Mak Momo.





Teman menunjukkan koleksi berkaitan syarikat rakaman mereka 'Pathe' dan 'His Master Voice'. Ingatan kedua-dua mereka ini masih tajam.


Mak Momo amat gembira apabila teman menunjukkan koleksi LP (piring hitam 10") beliau. Di sebelah kiri ialah Ayu Cendana


Mak Nona juga terpegun dan berbangga melihat koleksi piring hitam beliau.

Mak Nona menandatangani 3 keping gambar beliau dan teman hadiahkan ketiga2 gambar tersebut kepada beliau.

Mak Nona dan Mak Momo menurunkan tandatangan pada koleksi rekod batu 78rpm (Grammaphone) teman untuk kenang kenangan sepanjang hayat. Teman akan framekan koleksi berharga ini di Galeri Gumbira nanti



Bersama Ahmad Fauzi rakan baik teman yg membantu merealisasikan impian teman.

Ole-ole dari Ipoh Station untuk Mak Nona dan Mak Momo


Dari kiri Mak Momo, Kamalia (anak Momo Latif), Isteri teman dan Mak Nona bergambar kenang kenangan sepnjang hayat.


Mereka menginap di Hotel Concorde Kuala Lumpur. Pada sebelah malam teman membawa mereka ke Studio Rakaman di Tasik Titiwangsa


Kedua dua mereka menceritakan pengalaman mereka bersama Saloma. Ternyata daya ingatan mereka masih kuat terutamannya Mak Momo.




Selesai pengambaran, kami menjamu selera di lokasi yg berhampiran.

Inilah pengalaman yg tidak ternilai kepada teman dan isteri khususnya, dan Ipoh Station am nya untuk bertemu dengan Lagenda Filem tanah air dan akan diabadikan sepanjang hayat. Mak Nona berkata pd teman "tak sangka dalam usia yg begini masih ada peminat dan teman jawab, peminat Lagenda Filem tak akan ditelan zaman. 

4 comments:

  1. Posting yang amat menarik sekali bro!! Tang baju t-shirt yang kome pakai tu yang teman tak tahan! Hehehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak sangka mrk setuju nk dtg. Satu kejutan sebenarnya. Bertuah dpt jumpa mrk dgn dekat. Ttg baju tu....ha ha ha

      Delete