Feb 18, 2013

AL-FATIHAH


AL FATIHAH buat Allahyarham Seniman Kuswadinata yg telah kembali ke Rahmatullah pada 16hb Febuari 2013 lebih kurang  jam 5pm di Hospital Ampang dalam usia 74 tahun. Sepanjang hayatnya beliau tidak pernah menolak apabila dijemput ke Ipoh Station dlm apa jua acara yang dilakukan kami. Beliau pernah menghadiri semasa Majlis Perasmian Ipoh Station oleh Datuk Aziz Sattar, Rumah terbuka Riang Ria Aidil Fitri Majalah Media Hiburan dan yg terakhir ialah Pameran Koleksi Filem Melayu yg dirasmikan oleh Tun Ahmad Sarji. Sepanjang mengenali beliau, belaiu adalah seorang yg peramah, suka berjenaka dan amat sporting. Pemergian beliau menghadap Illahi amat dirasai oleh kami. Negara kehilangan seorang lagi Seniman yg tiada tolok bandingnya. Kami doakan semuga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama orang-orang yg beriman dan beramal soleh. Takziah buat keluarga beliau.




Gambar ini dirakam pada 8hb Mac 2010 semasa Majlis Perasmian Ipoh Station. Bersama isteri teman Nor Azlina Osman




2 gambar di atas kenangan semasa Mesyuarat Agung Persatuan Artis Veteran di Matic Jalan Ampang tahun 2011









3 gambar di atas dirakam semasa Rumah Terbuka Riang Ria Aidil Fiti oleh Majalah Media Hiburan pada tahun 2011. Banyak lagi gambar2 kenangan bersama beliau yg telah dimuatkan di dalam blog ini sebelum ini.

No comments:

Post a Comment