Mar 11, 2013


VINTAGE TOYS EXIBITION



Pada hari Sabtu 30hb Mac 2012 satu pameran 'Vintage Toys' selama 1 hari sahaja akan diadakan di Ipoh Station Antique Cafe mulai jam 10.00am hingga 6.00pm . Pameran ini adalah sempena 5 Tahun Ipoh Station berada dipasaran. Pameran ini terbuka kepada sesiapa sahaja untuk mengambil bahagian terutamanya kepada mereka yg menyimpan koleksi permainan (toys). Tidak kira apa bentuk permainan tetapi ianya mestilah berusia sehingga tahun 80an atau yg layak dikenali sebagai Vintage Toys.

Tujuan diadakan pameran ini adalah untuk mengumpul seberapa ramai para Collector atau peminat Vintage Toys, menyediakan platform untuk mengenali di antara satu sama lain serta bertukar pandangan dan pengalaman serta mengenengahkan hobi ini kepada peminat dan masyarakat umum. Di antara permainan yg akan dipamerkan nanti ialah Pedal Car, Pedal Vespa, Tricycle, Bicycle, Tin Toys, Plastics Toys, Die Cast dll.

Difahamkan belum pernah ada penganjuran sebegini lagi di Malaysia dan penyertaan para collector dan peminat amat dialu alukan. Tiada sebarang bayaran dikenakan. Kepada mereka yang ingin membuka meja jualan juga dialu-alukan.

Kami selaku penganjur ingin melihat ruang pameran nanti dibanjiri dengan Vintage Toys. Pihak media juga akan dimaklumkan. Sekiranya ada pertanyaan sila hubungi Azlan 012 2351212,  Jamil  019 3831509, Arianmizi 016 2137853 atau Ah Meng 016 3106105. Kepada yg ingin mengambil bahagian sila sahkan penyertaan anda pada atau sebelum 27hb Mac 2013.

Datanglah beramai ramai ke Pameran yg julung julung kali diadakan ini.
  
,


1 comment:

  1. ayo bagi yg suka maen judi ayam on line www.sabung ayam.com
    di bolavita tempat nya banyak sekali bonus2 menarik
    dan game2 on line terlengakap se indonesia
    dengan pelayanan 24 jam yg sangat ramah

    ayo segera daftar dan buktikan sendiri
    info lbh lanjut:

    whatup : +62812-2222-995

    ReplyDelete