May 6, 2014

AL FATIHAH


Datuk Aziz Satar menghembuskan nafasnya yg terakhir kira kira jam 2.00am, Selasa 6hb May 2014 dalam usia 89 tahun. Allahyarham meninggal dunia di Hospital Ampang  disebabkan sakit jantung. Permergiannya amat dirasai oleh kami di Ipoh Station Antique Cafe Puchong. 

Beliau seorang yang sangat ringkas dan peramah. Gemar berjenaka dan sporting orangnya. Tidak pernah menolak jemputan untuk hadir dalam apa jua acara yang kami lakukan. Terlalu banyak kenangan kami bersama beliau. Sebanyak 3 kali beliau meluangkan masa bersama kami di Ipoh Station dalam acara yang berlainan. Salam takziah buat keluarga beliau dan semuga rohnya dicucuri rahmat Allah swt.

Bersama-sama ini kami abadikan kenangan bersama beliau.


Perasmian Ipoh Station Antique Cafe pada 8hb Mac 2008










Mesyuarat Agung Persatuan Artis Veteran pada tahun 2011 di MATIC Jalan Ampang. Ipoh Station menaja makan tengahari



Kita kehilangan sebutir lagi permata seni yg tiada gantinya. Semuga rohnya di tempatkan bersama-sama golongan yang beriman dan beramal soleh. Amin

No comments:

Post a Comment