Pengurusan dan kakitangan Ipoh Station mengucapkan Selamat menunaikan ibadah puasa kepada seluruh Muslimin dan Muslimat di seluruh dunia. Semuga pd bulan yg lebih baik dari seribu bulan ini, sama2 kita tingkatkan keimanan dan sentiasa bersyukur kehadrat Allah swt di atas apa jua pemberianNya. Insyaalah apa yg kita lakukan mendapat keberkatan.
Seperti biasa Ipoh Station ditutup pd hari pertama Ramadhan dan dibuka perniagaan pada hari yg ke dua mulai jam 12.01pm hingga 12.00am. Tempahan berbuka puasa boleh dibuat seawal jam 2.00pm dan pelanggan adalah dinasihatkan untuk membuat tempahan awal bagi mengelakan sebarang kesulitan, terutamanya minggu ke dua Ramadhan. Tempahan boleh dibuat melalui talipon 03-58826510 atau 'walk in reservation' sahaja. Menu yg dihidangkan adalah seperti biasa.
Pihak pengurusan mengucapkan terimakasih kepada semua pelanggan yang menyokong selama ini dan memohon maaf sekiranya terdapat kekurangan atau kesilapan yg tidak sengajakan semasa mengendalikan menu berbuka puasa nanti. Insyaalah pihak kami akan melakukan yg terbaik.
Salam Ramadhan.
Nor Azlina Bt Osman
Pengurus
Selamat berpuasa..
ReplyDelete