Aug 27, 2011

RAYA MERDEKA


Tahun ini kita rakyat Malaysia menyambut Hari Raya Aidil Fitri dan Hari Kemerdekaan yang ke 54 serentak. Hari Raya disambut setelah orang2 Islam berpuasa selama sebulan menandakan kejayaan yg dicapai mengharungi pelbagai dugaan di dalam bulan Ramadhan manakala Hari Kemerdekaan pula menandakan kita bebas daripada dibelengu oleh penjajah pada satu masa dahulu. Kedua dua perayaan ini mempunyai erti yang sama bagi kita orang2 Islam dan rakyat Malaysia keseluruhannya. Sama-samalah kita berdoa agar kejayaan ini berterusan dan berkekalan hingga ke akhir hayat kita. 




Pengurusan dan kakitangan Ipoh Station tidak melepaskan peluang ini mengucapkan Selamat Hari Raya Maaz Zahir dan Batin serta Selamat menyambut Hari Kemerdekaan kepada semua rakan2, sahabat handai, pelanggan yg dihormati serta rakyat Malaysia keseluruhannya. Ampun dan maaf dipinta di atas kesalahan lampau, tutur kata yg tidak menyenangkan serta perbuatan yg tidak disengajakan. Yg baik datangnya drp Allah manakala yg buruk datangnya dr kami sendiri.

Ipoh Station mula bercuti pada hari Sabtu 27hb Ogos 2011 hingga 4hb September 2011 dan akan beroperasi seperti biasa pada 5hb September 2011. Insyaalah.







                                                                                                   

3 comments:

  1. Saya juga nak minta MAAF ZAHIR BATIN kalau ada yg tersalah-silap.SELAMAT HARI MERDEKA dan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI...

    ReplyDelete
  2. Sama2 kita bermaafan di hari yg mulia ini

    ReplyDelete