Semalam Sabtu 24 Mac 2012, Ipoh Station meraikan pasangan yg merupakan seorang sahabat Eljes Ridzuan a.k.a Wan Kg Pandan dan isterinya Miza. Jamuan diadakan pada jam 1.00pm dan dihadiri oleh beberapa orang sahabat terdekat shj.
Persiapan sedang dilakukan. Jam 12.50pm semua persiapan siap sepenuhnya. Hanya tunggu tetamu hadir
Tetamu yg hadir Ah Ming, Mark Ooi dan isteri
Che Mat dan anak2. Isteri tak dapat hadir, sorok ke Che Mat?....
Pengasas Botologi Malaya, Bro Megat bersama isteri dan anak2
Yg dijemput tetapi tak hadir dan tak dapat hadir ialah Hanif, Saiful dan Isteri, Rani, Jamil, Nazreen, Khalid Misai, Faizal dan Mior. Pengantin lewat tiba tersesat jalan, semua tetamu dah lapar. Jam 2.30pm maka muncul lah pengantin baru kita ni. Sesiapa yg belum mengenali Eljes Ridzuan a.k.a Wan Kg Pandan, ni dia dgn isterinya, baru shj mendirikan rumahtangga bulan lepas.
Wan ni merupakan collector tegar rekod batu 78rpm, grammarphone, rekod 10" dan majalah filem melayu. Baru2 ni terjerumus minatnya kepada Vintage British Bike. Itu sahaja minat beliau setakat ini. Very2 fokus. Lebih kurang jam 2.40pm jamuan bermula.
Ahmad Fauzee dan isteri Ayu mendendangkan lagu P.Ramlee untuk pengantin. Macam jelmaan P.Ramlee dan Saloma ler...
Teman pun disuruh menyanyi. Haaa yg ni macam P.Ramasamy dgn Saloma daaa....Teman nyanyi utk pengantin shj...belasah
Paling meriah sekali Ahmad Fauzee mendendang lagu Elvis Pressely, twist.
Pengantin juga mendendangkan sebuah lagu
Wan : Ko nk tahu, motor british ni kalu nk bunyi dia sedap, pakai ekzos buloh. Punyalah kusyuk Che Mat kena gelembong dgn Si Wan ni pasal motor. Kalau pasal coca cola, jgn harapla Wan nk kelentong....
Sesi bergambar beramai2
Bro Megat bersama Mark Ooi dan Ah Ming.
Wan dengan jelmaan Saloma, Ayu Cendana (Nama FB)
Majlis bersurai lebih kurang jam 5 pm. Kepada Wan dan isteri, warga Ipoh Station dan rakan2 mengucapkan Selamat Pengantin Baru semuga panjang umur dimurahkan rezeki dan berkekalan ke anak cucu. Diakhir majlis teman nasihatkan Wan, jangan praktik pakai helmet masa tidor. Nak tahu pasal apa, tanya Cikgu Ramli..he he he.... Assalamualaikum...
nice place. if there is by any chance that you would allow to rent a place for wedding photo shoot, it would be great
ReplyDelete