Lama betul teman tak update blog Ipoh Station. Ramai juga kawan2, kenalan dan pelanggan yg bertanya. Bukannya tak de bahan yg nak diceritakan. Sebenarnya teman sibuk benor dgn kerja, sampai tak sempat nak duduk depan laptop. Tapi ntah tiba-tiba malam ni terasa nak update pulak blog ni.
Ni lah ada cerita sikit apa yang berlaku di Restoran teman ni baru baru ini. Dalam bulan Disember 2012, teman dihubungi oleh Melissa Saila untuk membuat pengambaran short drama di Ipoh Station. Ada sesiapa yg tak kenal Melissa Saila? Beliau adalah anak kepada Seniwati Mariani. Beliau juga merupakan seorang penyanyi dan pelakon remaja sekitar tahun 1980an. Antara filem lakonan beliau ialah Penghujung Malam dan mengarah beberapa drama berjudul Bila Larut Malam, Rompakan Kabinet dan Kg Semerah Padi , Tahniah kepada Lis.
Beberapa kali beliau datang ke Ipoh Station utk memastikan scene yg sesuai. Pada 2hb Febuari 2013 pengambaran short drama dimulakan. Kami dikehendaki membuka kedai seawal 7.00am untuk crew membuat persiapan dan sarapan pagi. seramai 30 orang crew terlibat. Kami di Ipoh Station tiada masaalah utk bagi kerjasama yg diperlukan. Short Drama ini diarahkan sendiri oleh Lis.
Lis bersama pelakon yg didatang khas dari Indonesia. Namanya teman lupa.
Seawal 7.00am crew mula sibuk membuat persiapan
Banyak2 tempat, lorong ke tandas yg dipilih oleh Melissa Saila. Hantam sajalah...
Isteri teman berbual dgn Lis
Lis terkejut bila teman tunjukan koleksi piring hitam nya. Dia tak sangka teman ada menyimpan salah satu albumnya.
Lis menandatangani pada kulit piring hitam
Juga menandatangani pada Majalah Wanita keluaran baru2 ini, yang kebetulan teman simpan sebagai koleksi
Hebat juga rupanya Lis sebagai Pengarah. Pengambaran tamat pada jam 1.00pm. Maaf tajuk drama ini tak dapat teman siarkan buat masa ini.
No comments:
Post a Comment