Apr 23, 2014


Acara pertama tahun ini (2014), kami menganjurkan VINTAGE SIGN EXIBITION pada hari Sabtu 17hb May 2014 mulai jam 10.00am hingga ke 6.00pm. Dengan sokongan kawan2 yang juga terdiri daripada kolektor yg hebat, pameran yang julung2 kali diadakan di bumi Malaya ini menjadi kenyataan.

Enamel, Paper, Hardboard, Tin dan Road Sign dari tahun 1920 hingga 1980 adalah bahan yang akan dipamerkan nanti. Akan tercatit sejarah di bumi Malaya ini sebuah pameran yang mengumpulkan beberapa orang kolektor tegar sign dan boleh dianggap yg terbesar setakat ini.

Bagi pengumpul barangan antik dan peminat sign ini, jangan lepaskan peluang ini, datanglah beramai ramai menyaksikan sendiri sesuatu yg mungkin tidak pernah kita lihat sebelum ini. Sambil kita menjamu selera di Ipoh Station Antique Cafe, kita saksikan pameran ini.

Acara ini juga dimeriahkan lagi oleh Kelab Basikal Tua Puchong yang akan membuat kayuhan ke Ipoh Station dan KL Vintage Car Club akan menghantar kereta vintage ke Pameran ini. Bagi mereka yang ingin meniaga meja jualan disediakan (terhad) secara percuma dan car boot sale dialu alukan.

Jumpa nanti.


No comments:

Post a Comment