
Ini Saudara Tawil. Nama sebenar Abu Bakar. Pelakon dan pelawak sekitar hujung 70an dan 80an. Popular di zaman AR Badul. Beliau berkunjung ke Ipoh Station pada 26hb Julai 2010. Di antara filem popular beliau ialah Prebet Lapok. Di sebelah ini adalah flyers filem Prebet Lapok arahan AR Badul.

Seniman Datuk Aziz Sattar hadir merasmikan Ipoh Station pada 17hb April 2010 bersama rakan rakan yang lain. Usia mencecah 80 tahun dan masih sihat. Peristiwa ini tak dapat kami lupakan dan ianya amat berharga bagi kami. Beliau adalah lagenda filem Melayu yang masih ada hingga ke hari ini. Orangnya tak banyak cakap contrast sangat dengan wataknya dalam filem. Kami mengumandangkan lagu 'Pok Pok Bujang Lapok' semasa beliau tiba dan pulang.

Seniman Kuswadinata hadir di Ipoh Station pada 17hb April 2010. Orangnya handsome dan berpakaian kemas. Syok sembang dengan dia sebab dia peramah. Umur dah lebih 70 tahun dan masih sihat.



Di sebelah kiri ialah poster Filem Panggilan Pulau arahan beliau.


Dato Maria Menado pernah berkunjung Ke Ipoh Station pada tahun 2008 dan telah menurunkan tandtangan pada gambar F & N beliau. Semasa belum sampai beliau mengatakan tak boleh duduk lama sebab ada hal. Setelah berada di Ipoh Station beliau telah menghabiskan masa selama 3 jam. Kami telah mengumandangkan lagu2 beliau. Itu yang membuatkan beliau tersenyum dan tak jadi balik. Masih segak lagi beb......
No comments:
Post a Comment