Jan 4, 2012

BOTOLOGI SHOW CASE


Lelong lelong! Baru-baru ni keluar dlm surat khabar Kosmo bertarikh 5hb Disember 2011 berkenaan satu prototaip botol coke dilelong dengan harga RM 750,720.00. Bagaimana pulak dengan Botol Soda  kita (Malaya - Singapore)? Jom kita ke pameran botol soda dan aerated water di Ipoh Station Antique Cafe pada 28hb januari 2012 ni mulai jam 3pm - 7pm.

Bulan ni kita cerita pasal botol je. Malas nak cerita topik lain. Ni ada satu cerita. 2 Ahad lepas teman tak berpeluang ke Amcorp. Tapi ada ler sedara teman yg meniaga kat situ bercerita. Dia kata, tak pernah dia jual botol oren/soda macam goreng pisang panas. Bukan setakat botol, peti kayu pun habis, sold out. Letak je habis, letak je kena rembat. Yg best tu dia kata, yg membeli tu tak berapa kenal pun, budak2 muda, mungkin silent collector ataupun yg  baru berkecimpung dlm collect mengcollect botol ni. Ahad minggu lepas pun sama. Sampai ada peniaga lain dok kata wah! 28hb punya pasal, meniaga botol kencang. Dia kata lagi dengan confidentnya, bukan setakat sebelum 28hb tapi kurang2 sebulan lepas tu pun orang dok cari botol ni....

Ini bukan cerita teman reka, tp dari mulut sedara teman yg meniaga di situ. Teman pun berlalu dengan sinis. Dalam hati teman: "bukan budak muda shj yg mcm tu, teman pun sama." he he he.. teman percaya yg lain pun sama. Lagi satu seorang sahabat seangkatan, collector juga tp bukan Melayu. Tak pernah teman nampak koleksi botol ni dalam simpanan dia...tup tup tengok dah rembat straight emborse bottle....punyalah dahsyat penangan 28hb ni.... Itu belum lagi cerita yg nak upgrade koleksi. Straight emborse pun dh tak syok, senang dapat katanya. Nak cari codd bottle yg lagi rare pulak....emborse Kuala Lumpur, Johor Bharu, Kuantan, Terengganu, Taiping, Selangor dan mcm2 lagi. Sampai nak let go koleksi lain semata mata nak botol rare ni. Harga pun dah main ribu ribuan. Fuh! siapa sangka harga botol dah mencecah ketahap ini. Kalu tak beli sekarang, harga melambung lagi nanti.

Teman jangkakan memang best event kali ni. Teman nak nasihat lah sikit, kepada peminat2 dan collector2 botologi ni,  nak rembat2 ler mana2 yg berkenan di hati tapi reserve2 lah sikit. Rasanya 28hb tu ada yg nak let go koleksi masing2... siap je ler..... Ramai yg bukak Car boot sale ni. Che Mat..teman tukang kipas je ni....

2 comments:

  1. Ya, simpan skit belanja untuk shopping botol nanti, he he he!

    ReplyDelete
  2. ha ha ha memang betul bro, harga botol malaya dah betul betul melambung di pasaran sekarang, apalagi jom meriahkan botologi event 28 jan ni... moh... bakor jangan tak bakor, kipas jangan tak kipas...

    ReplyDelete