Feb 27, 2013

5 TAHUN IPOH STATION

Hujung bulan Febuari 2013 ini, genaplah Ipoh Station Antique Cafe menyambut ulang tahun ke-5 nya. Kami memulakan perniagaan ini pada 1hb Mac 2008. Pada awal perancangannya, kami hendak membuka sebuah kedai menjual barang2 antik dan mempunyai cafe kecil sahaja. Akan tetapi selepas perkiraan dibuat, kami menukar bentuk perniagaan terus kepada Restoran sepenuhnya. Pada mulanya kami menyewa sebuah lot kedai sahaja. Selepas  tiga  (3) tahun, dengan melihat kepada perkembangan yang positif, kami menyewa sebuah lagi lot kedai bersebelahan. Diam tak diam sudah hampir 5 tahun restoran kami berada dipasaran. Sungguh cepat masa berlalu. Terus terang di sini, kami memang tidak ada pengalaman lansung dalam pengurusan restoran sebelum ini. Bukan senang nak mengurus sebuah restoran ini . Terlalu banyak pengalaman suka duka yg kami lalui. Di sini kami hendak berkongsi pengalaman kami ini kepada pembaca sekelian sekadar untuk tatapan dan renungan.

Salah satu masaalah yg kami hadapi ialah tenaga pekerja. Tidak ramai yg sanggup kerja di restoran kecil seperti kami. Kadar 'turnover' (keluar masuk) pekerja memanglah tinggi. Untuk mendapatkan pekerja yg setia amatlah sukar. Sikap dan perangai pekerja memanglah cukup memeningkan.  Ada yg kerja 3 hari shj dh berhenti. Yang cabut terus bila dapat gaji pun ada. Datang lambat, ponteng tu biasalah. Kadang2 memang terasa nak 'give up' sahaja. Tetapi oleh kerana berbekal semangat yg kuat, Alhamdulillah kami masih bertahan sehingga ke hari ini.

Ada 2 insiden bersama pelanggan yg tidak dapat kami lupakan sehingga ke hari ini yg hendak kami kongsikan. Insiden yg pertama ini berlaku di tahun pertama kami berniaga. Ada 2 pasangan suami isteri seorg kakak dan seorg adik singgah di restoran kami. Si adik bersama suami tiba dahulu dan memesan makanan. 10 minit kemudian kakaknya bersama suaminya pula tiba dan terus juga memesan makanan. Makanan si kakak tiba dahulu. Apa lagi mengamuklah si adik terus tengking pd 'waiteress' kami. Walaupun sudah minta maaf dia terus membebel. Suaminya pun turut memarahi waitress kami. Semasa membebel, makanan dia pun sampai tapi dia masih tak boleh terima. Apabila melihat keadaan tidak boleh dikawal, kami terus menghampiri pelanggan tersebut dan memohon maaf kepadanya dengan sopan tetapi dia masih tak boleh terima. Kami suruh semua pekerja kami di bahagian hadapan dan dapur beratur beramai2 termasuk kami sendiri memohon maaf  kepadanya disaksikan oleh pelanggan2 yg lain ketika itu yang agak ramai. Sehingga ketahap merendahkan diri memohon maaf pun pasangan si adik tidak boleh terima malah ditengkingnya dengan kata2 yg kurang enak kepada kami. "Ini lah restoran Melayu" katanya. Melihat sudah tiada cara lain lagi, kami meminta dgn keras pasangan tersebut utk keluar shj dari restoran kami, supaya tidak menganggu pelanggan2 kami yg lain. Terus kedua pasangan suami isteri itu keluar dgn mencaci kami. Si kakak dengan pasangannya diam seribu bahasa dan menghabiskan makanan mereka. Dalam insiden ini kami mengakui kami yg salah tapi kami amat hairan kesalahan kami ini lansung tidak diterima maafnya. Setelah disiasat, kami dapati tiada apa2 kesalahan lain kecuali terlewat makanan yg dipesan sampai kpdnya.

Insiden yg kedua juga tidak dapat kami lupakan. Berlaku pada tahun lepas. Seorang pelanggan lelaki berasal dari Perak. Yob ni selalu menegur kami dan bergurau. Beliau juga adalah pelanggan tetap kami. Beliau selalunya datang dgn seorang wanita, tak tahu pula samada isterinya atau teman wanita. Sebabnya datang dan baliknya mereka ini bukan seiringan. Pokoknya dia dh biasa dgn restoran kami. Pada masa itu, pekerja di bahagian hadapan hanya tinggal 3 orang shj. Lagi 3 org cuti dengan izin, mcm2 hal yg tak dapat dielakkan. Kebetulan pula pada masa tu pelanggan ramai. Jadi kelam kabut lah sedikit pekerja kami. Nak ambil pesanan, nak hantar makanan dan mana lagi nak kemas meja. Agaknya dah berapa kali agaknya dia panggil waitress kami untuk ambil order tp tak dtg2. Kemudian salah seorang waitress kami mengambil pesanan meja sebelah beliau. Beliau menegur waitress kami tersebut dan cakap dia nak order. Waitress kami pun cakap pada dia, " maaf bang, staff tak cukup hari ni, lepas ni saya ambil order abg pula". Lantas dia marah2 sebab lambat ambil pesanan dia. Waitress kami tu agaknya mungkin tension dgn keadaan masa itu terus cakap " Abg, minta sabar sikit, tangan dan kaki saya ada dua sahaja". Apabila beliau dengar sahaja waitress kami bercakap sedemikian terus dia menempelak dan berkata "Restoran ni kalau aku nak buat bagi tutup pun boleh! " katanya dengan perasaan marah. Tapi Si Yob ni tunggu juga dan menjamah makanan yg dipesan. Dalam insiden ini kami memang menyalahkan diri sendiri. Pertamanya kekurangan pekerja dan keduanya sikap pekerja kami yg mungkin kepenatan pada hari itu. Kami lansung tak salahkan pelanggan dalam insiden ini. Tapi yang tak dapat kami lupakan ialah apabila dalam keadaan marah atau tension semua perkataan boleh keluar dari mulut. Sebelum ni ramai juga pelanggan yang pernah membuka restoran menceritakan pengalaman mereka. Rata-ratanya ramai yg mencerita pengalaman yg sama. Restoran mereka tutup sebab ada hasad dengki manusia. Mereka juga menasihati kami agar berhati2. Banyak juga insiden2 lain yg tak kurang memberi kami pengajaran dlm menguruskan restoran ini. Ada juga pemilik restoran  lain yg datang, kemudian membuat 'complaint' itu dan ini, sehinggakan membuat perbandingan dgn mengatakan  restorannya jauh lebih baik drp restoran kami. Kadang2 bila nak diceritakan memang tak masuk akal, tapi itulah yg terjadi. 

Pelanggan adalah asset kami. Kami sentiasa menghormati pelanggan. Tanpa pelanggan tiada kami ketahap ini. Kami sentiasa mengingati ungkapan "customer is always right" . Mungkin ungkapan ini betul tapi harus dilihat juga pada keadaannya. Tidak kurang juga pelanggan memuji dan memberi sokongan positif. Yang memberi tips kepada waiter dan waitress kami pun ada. Ada yang menyukai makanan kami, ada yang menyukai hiasan dalaman restoran kami. Ada juga yg bagi pendapat  dan ilham untuk kami terus maju.

Dalam usia yg semuda ini, kami menghargai kesemua pengalaman yg ditempuhi. Pengalaman sebegini sebenarnya banyak mengajar kami untuk memperbaiki segala kelemahan. Mana-mana restoran pun ada masaalahnya tersendiri. Kesilapan dan kesalahan berlaku di mana-mana. Tambahan pula dalam menguruskan restoran kecil seperti kami. Pekerja restoran umumnya bukanlah datangnya dari mereka yg berpendidikan yang tinggi. Kebanyakkannya mempunyai masaalah kekeluargaan, terbiar, kemiskinan dan seribu satu mcm masaalah. 

Di sini kami mengambil kesempatan utk mengucapkan jutaan terimakasih kepada pelanggan2  kami, sahabat andai, jiran2 tetangga, rakan2 seangkatan (antique dealers and collectors)  yang terus menyokong kami. Kepada pekerja2 lama dan terkini juga kami menghargai jasa anda. Tanpa anda semua tidaklah kami berada sehingga ke hari ini. InsyaAllah kami akan memperbaiki segala kelemahan dan memberi perkhidmatan yng terbaik untuk semua. Semua yang baik datangnya dari Allah swt dan yg tidak baik adalah dari kami sendiri. Syukur Alhamdulillah.

Sempena ulangtahun ke-5 Ipoh Station Antique Cafe, kami ingin mengadakan satu Pameran 'Vintage Children Toys' tidak berapa lama lagi. Tungguuu....... 


3 comments:

  1. saya memang suker makan kat sini...paling best sambil lepak2...sambil dengar lagu2 melayu klasik ...menu lain dari lain...sedap pun sedap...jgn patah semangat yer...good luck Ipoh Station...

    ReplyDelete
  2. Terima kasih, insyaAllah tak patah semangat.

    ReplyDelete
  3. Saya pun suka mkn sambil layan lagu tan sri p ramlee, d ipoh station. Drpd ank 2, skang da 3 masih berkunjung ke sini..fav saya lauk ikan patin!

    ReplyDelete